Monday, June 30, 2014

Entriku ini lahir dari hati yang suci

Assamu'alaikum, salam sejahtera dari bumi Heksagon.
Kini sudah mencapai 2 tahun dan 5 bulan sejak entriku yang terakhir.
Bukannya aku tidak mahu meneruskan legasi menulis blog ini, cuma aku takut akan ku menyesal menulis segala pengalamanku di sini.
Untuk aku, pengalaman itu seharusnya dirasai dan dihayati pada waktu berlakunya perkara itu.
Mungkin anda akan berkata, "orang dulu mcam tuh x pe lahh, skang zmn dh berubah laa, jgn old school sgt lah."
Lagi sekali, untuk aku, zamanlah yang membuatkan kita lebih lama lebih jauh dari lorong yang selalu kita meniti.
Sama ada baik atau buruk, kitalah penentu.
Baiklah.
Sudahlah dengan bebelan petang kali ini, aku cuma nak bercerita keadaan di Perancis.
Perancis, bukanlah negara yang boleh kita pandang sekali dua, kemudian memberikan komen kita.
Aku lihat Perancis ini semakin lama semakin misteri buatku.
Mungkin sesetangah kata, "untunglah dapat blaja luar negara...."
Sebenarnya tidak, luar negara dan dalam negara ialah sama.
Bezanya, luar negara mengajar kita untuk berdikari.
Bayangkan, di dalam negara, mak kita sahaja yang selalu menjamu kita, malah bagaikan raja.
Di sini, tidak, sesekali tidak.
Masak sendiri.
Jadi atau tidak, itu cerita ke-37.
Kadang-kadang, alhamdulillah.
Kadang-kala, na'uzubillah.
Maka sampai di sini sahajalah perbualan pendek kita pada kali ini.
Moga dapat berjumpa lagi.
Kalau ada kesempatan.
Atau panjang umur.
^.^