Sunday, December 18, 2011

kemahiran dalam tidur!^0^

haha.
pada hari ini aku mahu untuk berbahasa melayu baku, atau apa yang orang muda-muda
menganggap "geek talk" ?


tidak mengapa, tujuan mengapa aku mahu lakukan perkara ini ialah
untuk meningkatkan lagi bahasa melayu aku di dalam peperiksaan.
moga-moga meningkatlah^.^


pada malam yang cukup indah ini, aku mahu untuk berkongsi tentang
sesuatu!
apakah "sesuatu" itu?


baiklah, ianya sebenarnya berkenaan tidur.
ya, tidur. 
sekali lagi, ya, tidur.


mengapa perihal tidur?
kerana saya ada kisahnya.
kisas pendek sahaja, tidak berjela-jela seperti penglipur lara.


kisahnya ialah apabila aku berada di dalam kereta dan dalam  perjalanan pulang ke rumah dari kampungku
seperti biasa, aku tidur di kerusi belakang.
aku tidur sungguh nyenyak.


tiba-tiba, ada suatu masa  di mana belakangku berpeluh!
ianya sungguh aneh kerana kereta saga ibuku jarang-jarang sekali aku akan berpeluh di dalamnya.
tetapi aku hanya tidur dan tidur walaupun berpeluh di belakang badanku.


boleh dikatakan aku sedang separa bangun dan separa lagi mindaku dibuai mimpi.
sesudah itu, ibuku mengejutku dan hancurlah mimpi-mimpi indahku.
setelah sedarnya aku daripada lamunan, aku mendapati bahawa kini aku berada di salah satu perhentian.


kemudian ibuku berkata kepadaku,
"eh, tadi tidur lenakah?"
aku pula menjawab, "mestilah!"

ibuku menyoalku semula, "wah, tadi berlaku pelbagai perkara sewaktu sayang sedang tidur!"
"betulkah wahai ibunda?"
"benar wahai anakanda, kami kehabisan minyak dalam perjalanan tadi!"


"benarkah?"
"benar, betulkah anakanda tidur lena?"
"betul wahai ibuku yang aku cintai."


aku menyambung lagi, "tetapi dalam tempoh aku tidur di dalam kereta sebentar tadi pun,
hamba berasa berpeluh di belakang badanku!
saya berasa bahawa saya perasan bahawa tadi kita berhenti di tepi jalan."


"eh? 
tetapi...
 kami melihat anakanda tidur sungguh nyenyak!"


BERHENTI!
jadi, itulah dia kisahnya.
apa yang aku mahu kaitkan dengan "tidur" tadi, anda bertanya?


haha!
sebenarnya, apa yang mahu aku fokuskan ialah
TIDUR MEMERLUKAN KEMAHIRAN


kemahiran untuk apa?
kemahiran untuk terus menampakkan diri bahawa kita sedang tidur nyenyak
kemahiran untuk tidur sepantas mungkin setelah menutup kelopak mata


kemahiran untuk tidur dalam jangka masa yang ditetapkan
kemahiran untuk tidur dalam tempat yang cerah
kemahiran untuk tidur dengan tiada stres


pelbagai lagi kemahiran yang boleh dikaitkan dengan tidur!
pernahkah anda perasan bahawa tidur ini sangat memerlukan kemahiran?^.^?
tamsilannya,


setelah anda tidur selama empat jam oleh kerana keletihan,
anda bangun untuk makan nasi. 
mampukan anda tidur lagi selepas itu?


oleh sebab itulah saya mengatakan bahawa tidur ini memerlukan kemahiran.
maka, janganlah mensia-siakan waktu tidur anda!
bacalah doa' sebelum tidur dan selepas tidur sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah.


itu sahaja.
terima kasih.
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.


==:TIDUR:==

No comments:

Post a Comment