hati-hati...sebab potong kuku pon ade jugak perkara yang perlu diambil perhatian tau...
sebagaimana islam itu syumul maka dalam bab sekecil2 ini pun islam menjaga...
moga2 dapat menjadi panduan...ini hasil copy paste je tau^.^
FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah selaput atau bahagian keras yang tumbuh
pada hujung jari manusia, benda keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung
kaki binatang (ada yang besar dan ada yang panjang dan tajam).
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala mempunyai peranan
dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku
berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh
umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun
kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih
dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong
kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub,
jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum,
hikmat memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam
Irsyad Hukum kali ini.
1. Hukum Dan Hikmat Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong
kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari,
bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."
(Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku
tangan atau kaki. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku ialah
menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut boleh menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala
kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti
ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking
sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau
atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari
sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayugia segera membasuh tangan (tempat
kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru
pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh
memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil
perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang
kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang
itu berkehendak pada memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana
diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong
misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami
tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'eyah, sunat
memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu
'anhuma berkata yang maksudnya :
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
"Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersugi, berwangian jika
memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga
sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah
bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia
diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai
mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan
Juma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :
"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi
wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari Juma'at sebelum Baginda
keluar untuk bersembahyang."
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunat memotong
kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan anak Adam termasuk memuliakan
anggota badan manusia. Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah
sebagai tanda menghormatinya, kerana ia salah satu daripada anggota manusia.
Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu 'Umar Radhiallahu
'anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau
berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau
memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana
segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.
Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya Pada ;
Hari Sabtu | Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. |
Hari Ahad | Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. |
Hari Isnin | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. |
Hari Selasa | Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit. |
Hari Rabu | Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. |
Hari Khamis | Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. |
Hari Jumaat | Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. |
No comments:
Post a Comment