Perlukah tazkirah di antara solat?
BEBERAPA surau di Shah Alam dalam bulan Ramadan ini begitu ghairah sekali mengadakan tazkirah hingga ada yang menjejaskan perjalanan solat tarawih.
Mereka ini seolah-olah lupa bahawa tarawih hanya datang sekali saja setahun manakala tazkirah boleh diadakan bila-bila pun.
Tidak semestinya diadakan hingga terpaksa membahagikan sembahyang tarawih.
Para jemaah tidak perlu diperlakukan demikian, maka itu tarawih tidak harus dijadikan sebagai satu alat mahu memaksa orang mendengar tazkirah.
Malangnya inilah yang terjadi misalnya di sebuah surau di Seksyen 7 dan beberapa surau lain di Shah Alam.
Pengurusan surau-surau itu begitu ghairah sekali mahu memaksa orang mendengar tazkirah yang diatur hingga gamak melakukan tarawih empat rakaat sahaja untuk memberi laluan kepada tazkirah dan setelah itu menyambung kembali untuk 16 rakaat selebihnya.
Walaupun usaha ini dilakukan, masih ada jemaah yang meninggalkan surau apabila tazkirah hendak dimulakan.
Tentunya mereka ini kecewa dengan perlakuan demikian hingga sanggup meninggalkan surau untuk menghabiskan sembahyang tarawih mereka sendirian di rumah saja.
Apa pentingnya sangat tazkirah hingga melakukan hal begini? Apakah tazkirah tidak boleh diadakan selepas selesai tarawih atau kalau hendak sangat selepas lapan rakaat supaya jemaah diberi peluang untuk melakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat berjemaah sebagaimana yang dituntut.
Bukankah sepatutnya surau disemarakkan untuk sembahyang tarawih yang hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan saja?
Kenapa perlu diperlakukan demikian hingga membuat sebahagian daripada jemaah meninggalkan surau tanpa menghabiskan sekurang-kurangnya lapan rakaat berjemaah?
Apa penting sangat tazkirah hingga mahu memaksa jemaah mendengarnya. Inilah yang perlu direnungi pengurusan surau-surau terbabit.
REJAL
Shah Alam
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
memang pelik sungguh otak dan minda si dalang yang membangkitkan isu ini......
apabila difikirkan secara teliti.....
memang ada benarnya......
tetapi....bukanlah surau demikian memaksa mendengar tazkirah!!...
ini juga demi masyarkat Islam yang mendahagakan pahala yang lebih....
ingat...Islam tidak memaksa!..^.^
tazkirah pula....bermaksud peringatan.....
jadi....pihak jawatankuasa surau hanyalah mahu memberikan peringatan kepada umat Islam....
yang lalai...terpesong...tertutup hatinya....agar mendapat hidayah!^.^
bukankah itu satu usaha yang suci??..
perlukah dibenci??
jawapannya tidak sesekali......
tempoh yang diambil untuk memberikan tazkirah juga tidak panjang....
hanyalah 30 minit....!!
adakah masih ada yang tidak puas dengan 24 jam=1440 minit=86400 saat=8640000 detik yang diberikan sehari?!?!
adakah pahala yang boleh dikatakan datang tanpa disedari pun kita menolak?
free of charge!..
jika kita tidur pada waktu itu pun mendapat pahalanya juga!...
jika kita imbas kembali......
solat terawih ialah solat untuk beristirehat....
jadi.....hukumnya ialah sunat muakad iaitu perkara yang sangat dituntut......
dan ianya sungguh berbeza dengan hukum wajib!...
wajib adalah seperti solat fardhu!...
yang sememangnya entah penuh atau tidak.....inikan pula mengada-ngada mahu solat terawih!!..
bukan saya di sini ingin memarahi pihak akhbar.....
cuma....saya menolak pandangan yang diketengahkan.....
dan saya pasti penduduk Seksyen 7 pasti menolak juga!...
lagipun....bukankah mendengar...terdengar...duduk di majlis ilmu itu.....
suatu ibadah??...
malah mendapat pahala yang berlipat lipat lipat kali ganda!!....
pada bulan Ramadhan....sudah berlipat kali ganda....
setelah selesai melakukan solat terawih 4 rakaat.....berlipat berganda-ganda....
selepas itu....sambung kembali solat terawih!...memang lipat terlipat berlipat ganda terganda bergandalah pahalanya!!!!
memang.....manusia zaman sekarang....
akan terus menerus menjadi jahat.....
akan menentang perkara yang baik^.^
segala pertuturan saya yang mengguris hati para pembaca.....
amatlah dikesali...dan mohon minta maaf....
tidak lupa...terima kasih dan assalamualaikum^.^
<<
No comments:
Post a Comment