terserah....
kalau ikutkan saya....saya x nk msk campur~
sesiapa yg x tau lgi.....
meh aku tunjukkan....
bace jgn x bace...
UMPAT: Seorang ibu dua anak yang sarat mengandung tujuh bulan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh ibu saudaranya pada 4 Mac lalu.
Tertuduh, Zuriana Ismail, 26, yang kelihatan sugul tetapi tenang hanya mengangguk kepala tanda memahami pertuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob. Tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat, sejurus pertuduhan dibacakan terhadap Zuriana yang tidak diwakili peguam.
Tertuduh yang berniaga sambilan, berdepan tuduhan membunuh ibu saudaranya, Siti Bidah Ismail, 56, dalam sebuah rumah di Taman Harmoni Cabang Tiga, Berangan, Tumpat antara jam 12.01 tengah malam hingga jam 5.30 pagi pada 4 Mac lalu.
Dia yang dijangka melahirkan anak ketiga April ini, dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Sejurus pertuduhan dikemukakan, Wan Azimah memohon mahkamah menetapkan 24 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu kerana laporan kimia serta bedah siasat belum diperoleh dan diluluskan Raja Norshuzianna Shakila.
Terdahulu, Zuriana yang digari tangannya dibawa ke mahkamah dan beberapa saudara mara tertuduh kelihatan hadir mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Bagaimanapun, suami dan dua anaknya berusia empat hingga lapan tahun yang berasal dari Kampung Pulau Tongkag, Tumpat itu, tidak kelihatan di mahkamah.
Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat Siti Bidah ditemui mati dalam rumahnya yang didiami sendirian dengan kecederaan di kepala, dipercayai akibat pukulan benda tumpul.
Mayat mangsa yang juga isteri pesara polis yang sudah meninggal dunia itu, ditemui seorang anggota tentera ketika hendak menghantar anaknya yang diasuh si mati dan ketika itu, beliau mendapati rumah mangsa turut berselerak.
Susulan kes itu, siasatan segera dijalankan Polis Tumpat membawa kepada penangkapan tertuduh kira-kira jam 12 tengah hari pada 5 Mac lalu di Jalan Tanjung Kuala, Pulau Tongkang.
Sumber : Bharian.com.my^^BUNUH^^
No comments:
Post a Comment