Monday, October 5, 2009

hari habitat sedunia....(/)_(\)

hahaha!!
sbnr nyerr aku x tau pon ade hri habiat sedunia~
bile Pn. Mardiah tell us....bru nyerr tau!!



ia nyerr disambut pade hri isnin...
setiap tahun pade bulan oktober! ^.^
wow!



SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009 PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Sambutan Hari Habitat Sedunia akan diadakan peringkat Selangor anjuran bersama JERIT ( Jaringan Rakyat Tertindas) PSM Parti Sosialis Malaysia dan Penduduk Kg.Papan pada 3hb.Oktober(dh lepas!), 2009 jam 2.30 petang di Kampung Papan , Pandamaran , Klang.

Apa itu Hari Habitat ?

Hari Habitat adalah suatu hari yang disambut diseluruh dunia menyambut perjuangan rakyat untuk perumahan yang mampu, selesa dan mencukupi dan juga untuk mengutarakan tuntutan dan permasalahan rakyat jelata, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Hari ini ialah juga mendesak Kerajaan agar menunaikan tanggungjawabnya untuk menyediakan perumahan yang mampu dimiliki untuk kesemua rakyat jelata.

Kini rumah untuk golongan berpendapatan rendah selalunya diabaikan. Ada banyak infrastruktur yang gagal di sediakan oleh pemaju. Serta saiz rumah juga ,650 kps tidak sesuai untuk keluarga dan perkembangan kanak-kanak.

Terdapat isu pengusiran daripada Kampung peneroka yang belum selesai. Kebanyakkan kawasan kampung peneroka yang telah dibangunkan oleh rakyat biasa beberapa dekad yang lalu kini bertukar tangan kepada pemaju. Pemaju pula demi meragut keuntungan akan mengusir penduduk tanpa perumahan ganti dan pampasan yang munasabah.

Justeru itu , marilah kita sama-sama menyambut Hari Habitat Sedunia ini. Semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment