Sunday, October 11, 2009

KGT....(dapatan kajian)

DAPATAN KAJIAN

Ø JENIS PETEMPATAN

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, saya dapati kawasan Seksyen 7, Shah Alam merupakan kawasan yang sedang giat membangun. Komposisi penduduk di kawasan ini berdasarkan 30 orang responden ialah majoriti penduduk terdiri daripada kaum Melayu, diikuti oleh kaum India, Cina dan lain-lain. Data komposisi kaum di kawasan Seksyen 7 adalah seperti Jadual 0.1 dan Carta Pai 0.1.

KAUM

BILANGAN

PERATUS (%)

Melayu

24

80%

India

3

10%

Cina

2

6.666%

Lain-lain

1

3.333%

JUMLAH

30

100%

Jadual 0.1 -Komposisi penduduk di kawasan Seksyen 7, Shah Alam.

Carta Pai -Peratusan komposisi penduduk Seksyen 7 mengikut kaum.

Petempatan di kawasan Seksyen 7 adalah terdiri daripada kawasan petempatan bandar. Ia dibawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hasil daripada pemerhatian, saya dapati pola petempatan di kawasan ini adalah jenis pola petempatan terancang. Setiap bangunan dibina berdasarkan plan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak MBSA. Setiap jalan dan lorong serta kawasan petempatan dan premis perniagaan telah disusun atur oleh pihak kerajaan tempatan.

Ø FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

Dari pemerhatian saya, faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Seksyen 7 ini adalah kerana bentuk muka buminya yang sesuai untuk membina kawasan perumahan. Selain itu, Ketersampaiannya adalah baik kerana di kawasan Seksyen 7 terdapat beberapa stesen menunggu bas dan terdapat juga beberapa stesen menunggu bas berhampiran dengan Seksyen 7 contohnya di Seksyen 2. Daripada temu bual saya, terdapat kawasan Seksyen 7 dahulunya hendak dijadikan stesen perhentian bas tetapi dibatalkan.

Kegiatan ekonomi juga adalah diantara faktor yang mempengaruhi petempatan di Shah Alam. Itu kerana, terdapat banyak peluang pekerjaan di Shah Alam yang diantaranya ialah pekerjaan perindustrian yang boleh didapati di Shah Alam serta berhampiran dengan Shah Alam. Contohnya, UMW INDUSTRIES (1985) SDN.BHD, CCM FERTILIZERS SDN.BHD dan KANZEN TETSU SDN.BHD.

Ø POLA PETEMPATAN

Pola petempatan di kawasan Seksyen 7 adalah jenis pola petempatan terancang. Setiap bangunan dibina berdasarkan pelan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak MBSA. Setiap jalan dan lorong serta kawasan petempatan dan premis perniagaan telah disusun atur oleh pihak kerajaan tempatan.

Ø FUNGSI PETEMPATAN

Fungsi petempatan di kawasan Seksyen 7 mempunyai tiga fungsi iaitu ekonomi, sosial dan governan. Fungsi dari segi ekonomi ialah sebagai pusat perniagaan dan pengangkutan. Terdapat juga stesen menunngu bas yang berhampiran dengan Seksyen 7 contohnya di Seksyen 2 yang menghantar penumpang dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Fungsi sosial di kawasan Seksyen 7 ini ialah sebagai pusat rekreasi contohnya di Tasik Seksyen 7, pusat perkhidmatan. Fungsi dari segi governan ialah sebagai pusat rawatan dan kesihatan seperti Hospital Shah Alam yang sedang dibina serta sebagai pusat pendidikan.

Ø MASALAH DAN LANGKAH MENGATASI

MASALAH

· Banyak kenderaan bermotor yang menyebabkan udara.

· Kekurangan pengangkutan awam dan terdapat ramai pelajar IPTA dan IPTS yang menetap di kawasan Seksyen 7 sukar berhubung.

· Kerosakan jalan raya disebabkan laluan pengangkutan berat yang berulang-alik untuk pembinaan rumah.

· Kekurangan sekolah dan hanya ada satu sekolah menengah dan satu sekolah rendah.

LANGKAH MENGATASI

· Membuat kempen kesedaran dan meggalakkan menaiki kenderaan awam.

· Menambahkan laluan jalan raya.

· Menambah baikkan jalan raya yang rosak.

· Membina lebih banyak sekolah menengah dan sekolah rendah.

Organization Chart

Organization Chart







p/s: organization chart tu tulis masalah n langkah megatasi

p/s2:lps jadual tu...wat carta pie plak~

p/s3:kalo salah.....jgn nk memarah....aku juz bgi info

1 comment:

  1. thanks for helping (:
    your information worth for my KGT

    ReplyDelete