Friday, August 27, 2010

adab menguap......^.^

aaahh....menguap....menguap....
memang semua manusia pernah experience lah!....
kalau tak experience lagi......jumpa doktor awal-awal......^.^


baiklah......anda mesti sentiasa melihat orang menguap bukan??..
seperti saya......saya juga menguap....
tetapi.....adakah orang-orang di luar sana tahu adab menguap??...


jawapannya......segelintir sahaja yang tahu......
aku tahu pun bukannya sebab aku tahu adabnya.......
aku tahu.....kerana aku melihat ibuku senantiasa mengikut adab menguap......


manusia akan mengikut sahaja perilaku orang lain.......
seperti saya dan ibuku......
baiklah.....anda mesti mahukan adabnya bukan???....


tidak banyak.....
hanya 3 sahaja yang termampu aku cari......
terimalah dan cuba amalkan^.^


yang pertama.....menahan setakat yang termampu.....
kalau boleh.....jangan menguap pun!^.^
itupun kalau lah boleh^.^


-------------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud.....

"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah',maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkanb 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."
-------------------------------------------------------------------------------------

kedua.....meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap......
seringkali aku melihat manusia-manusia lain menguap tanpa meletakkan tangan......
memang hodoh rupanya!!!


maka di sini ingin saya nyatakan........
bahawasanya plz plz plz tolong letak tangan ketika menguap!!!.....
anda tidak tahu betapa hodohnya muka anda ketika itu!....


kebanyakan ulama' juga menghukumkan.......(sama ada di dalam atau di luar solat)
meletakkan tangan di atas mulut ketika menguap.....
adalah sunat!^.^


-------------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka)."
------------------------------------------------------------------------------------

last and not least......^.^
makruh mengangkat suara ketika menguap!!^.^
so.....try jangan cakap!^.^


lagipun.....ketika kita menguap....
kita mengeluarkan nafas yang dalam-dalam tahu?...
maknanya....nafas itu busuk!!^.^


--------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Tarmizi daripada Nabi s.a.w., katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Aubair r.a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin"

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------


haha^.^
begitulah ketiga-tiga adab menguap.......
yang turut disertakan dengan hadith-hadith yang berkesan....^.^


jadi......saya di sini hanya menyampaikan......
andalah yang mengamalkan.....^.^
sekian....assalamualaikum^.^


((_MENGUAP_))

No comments:

Post a Comment