Melihat gerhana matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh menyebabkan kerosakan mata yang serius hingga menjadi buta.
Apabila berlaku gerhana matahari, khalayak sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam semula jadi yang biasanya jarang terjadi.
Pada yang berkesempatan, mereka mungkin akan mengunjungi destinasi yang menawarkan perkhidmatan mencerap gerhana menggunakan peralatan terkini yang diyakini selamat dan berkesan.
Namun, bagi yang tinggal jauh atau tidak berkesempatan untuk berkunjung ke mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan sedemikian, mereka mungkin tiada pilihan selain melihat gerhana secara terus tanpa sebarang peralatan khas.
Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Lau Chen Chen berkata, setiap individu sebenarnya harus menyedari kesan negatif yang bakal diterima jika menyaksikan fenomena gerhana matahari secara terus dengan mata kasar.
"Seperti yang kita ketahui, matahari memancarkan cahaya yang begitu terang hingga ke bumi. Justeru, jika seseorang memandang matahari secara terus tanpa sebarang peralatan yang selamat, mereka mempunyai risiko untuk mengalami kerosakan mata yang serius.
"Malah, dalam kes-kes tertentu, tidak mustahil mata boleh menjadi buta," ujar Chen Chen ketika ditemui Kosmo! di Planetarium Negara baru-baru ini untuk membicarakan tentang fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku di Malaysia dua hari lagi.
Menurut Chen Chen, 29, berbanding gerhana bulan yang boleh dilihat dengan mata kasar atau menerusi peralatan teleskop dan binokular secara terus, gerhana matahari sebaliknya memerlukan kepada langkah keselamatan yang sesuai.
Antaranya, seperti menggunakan peralatan tertentu untuk mencerap gerhana termasuklah teleskop dengan penuras suria, solarskop, projektor pinhole dengan kotak panjang atau dua keping kadbod, kamera pinhole dengan pokok teduh dan kaca mata gerhana.
Lintasan
Tambah beliau, gerhana matahari anulus atau lebih dikenali sebagai gerhana cincin dengan magnitud 0.9190 akan berlaku pada 15 Januari ini.
Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), fenomena itu akan kelihatan dengan lintasan selebar 300 kilometer (km) merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur.
Fenomena tersebut terjadi apabila bulan merentas di hadapan matahari, namun ia tidak menutupi matahari sepenuhnya. Ini disebabkan saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada saiz matahari. Sehubungan itu, matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang di sekeliling luar cakera bulan.
"Lintasan bayang umbra (bahagian bayang yang sangat gelap) bulan akan bermula di Afrika dan melalui Chad, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo, Uganda, Kenya dan Somalia.
"Selepas melintasi Afrika, lintasan tersebut akan melalui Lautan Hindi di mana tempoh maksimum keanularan mencapai kira-ki 11 minit lapan saat.
"Lintasan tersebut kemudiannya akan terus melintasi Asia melalui Bangladesh, India, Myanmar dan China," terang Chen Chen sambil menambah bahawa fenomena gerhana matahari anulus itu pernah berlaku pada 26 Januari tahun lalu.
Sementara itu, gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra (bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah) bulan yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia.
Bagaimanapun, Chen Chen memberitahu, negara kita akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40 peratus.
"Situasi ini dapat dilihat lebih jelas terutama di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang. Namun, peratus matahari yang dilindungi oleh bulan semakin mengurang dari bahagian tengah Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.
"Gerhana matahari separa ini akan berlangsung hampir tiga jam bermula pada pukul 3 petang hingga 5.45 petang," jelas beliau lebih lanjut.
Bidang astronomi
Tambahnya lagi, secara umum gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama, bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi agar matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa kira-kira pada pukul 3 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.
"Keadaan ini dikenali sebagai 'sentuhan pertama' iaitu permulaan gerhana matahari separa. Namun demikian, kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang.
"Sebaliknya, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua sehingga liputan maksimum tercapai kira-kira pada pukul 4.25 petang," katanya.
Selepas 'sentuhan akhir' berlaku kira-kira pukul 5.40 petang, bayangan bulan akan mula hilang secara beransur-ansur dan keadaan akan kembali seperti sediakala.
Sempena fenomena gerhana matahari separa itu juga, Angkasa tidak ketinggalan untuk menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa mulai pukul 2.30 hingga 6 petang di Planetarium Negara.
Pegawai Komunikasi Korporat Angkasa, Latifah Abdul Hamid berkata, objektif penganjuran program itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap bidang astronomi di kalangan masyarakat Malaysia.
"Menerusi program kali ini, pengunjung terawal akan menerima kaca mata gerhana eksklusif serta Eclipse Mint serta berpeluang menyaksikan fenomena tersebut menerusi teleskop yang disediakan oleh pihak Angkasa.
"Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta pelancong asing," katanya sambil menambah program serupa akan turut diadakan di Kompleks Pekan Rabu, Langkawi.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Planetarium Negara, anda boleh melayari laman sesawang www.angkasa.gov.myuntuk menyaksikan siaran langsung gerhana matahari separa mulai pukul 3 hingga 5.40 petang pada tarikh tersebut.
Program ini turut mendapat sokongan daripada Wrigley's Eclipse Mint dan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
- KOSMO!

!!MATAHARI!!
No comments:
Post a Comment