"Hari Ibu." Usamah bercakap sendirian. Pada masa itu, ibu Usamah sedang memasak di dapur manakala Usamah sedang berada di hadapan komputer mengemaskini blognya. "Usamah, Cepat tolong mak ini! Asyik-asyik duduk terperap depan komputer itu sahaja." Mak Usamah berkata kepada anaknya. Usamah segera bangun dari kerusi di ruang tamu lantas menyegerakan langkah ke dapur. Mak Usamah yang sudah berumur lebih dari 40 tahun itu sedang memasak makanan kegemaran Usamah iaitu tom yam. Usamah disuruh untuk membantu maknya memotong sayur-sayuran. "Cepatlah potong itu, sekejap lagi ayah kau itu pulang dari kerjanya di UiTM." Mak Usamah bercakap kepada Usamah sambil mengacau sup. "Mak! Makcik Ros memanggil!" adik Usamah iaitu Zahid memberitahu maknya dari ruang tamu sambil menyiapkan kerja rumahnya. "Baiklah, Usamah tolong jaga sup ini. Mak nak keluar sekejap, makcik Ros memanggil." Mak Usamah menanggal apronnya. Mak Usamah segera datang untuk berjumpa dengan jirannya yang sudah memanggil di halaman rumahnya. "Eh, Fauziah, engkau tahu hari ini hari apa? Hari ini Hari Ibu!" jirannya memulakan perbualan setelah menjawab salam yang diberikan. "Aku sudah tahulah. Kenapa?" Fauziah kehairanan apabila jirannya berkata sedemikian. "Anak engkau itu tak beli apa-apa untuk engkau? Kalau beli pin yang berbentuk seperti beruang pun bagus juga." Makcik Ros menyambung lagi. Ketika itu Fauziah teringat bahawa dia sedang memasak. "Biarlah, aku tak pernah kisah fasal itu semua. Sudahlah, aku nak sambung memasak tom yum. Assalamualaikum." Fauziah menamatkan perbualan itu. "Baiklah, aku faham. Waalaikummussalam." Makcik Ros menjawab. Fauziah kembali ke dapur dan pada masa itu dia berhasrat untuk mendapat hadiah daripada anaknya sempena Hari Ibu. Usamah tiada di dapur. Zahid juga tiada di ruang tamu. Tiba-tiba Usamah dan Zahid turun dari tangga rumahnya sambil membawa kek strawberi dihadapan maknya. Fauziah sudah dapat mengagak, ini semua sempena Hari Ibu. Fauziah secara tidak disedari, air matanya mengalir. Usamah dan Zahid ketika itu membawa kek itu bersama dengan maknya untuk dinikmati bersama. Pada waktu itu juga, Usamah menghadiahi maknya sebiji pin berbentuk seperti beruang berwarna ungu.
---IBU---
No comments:
Post a Comment