Wednesday, April 21, 2010

pantun yang diguna pakai....

-------------------------------------------------------------------------------------
BAHASA JIWA BANGSA


Sungguh indah pemandangan senja,
pemandangan senja tepian pantai,
bahasa asing kerap dipuja,
bahasa negara mengapa diabai?


Nan indah dilihat mata,
suasana rupa si anak rusa,
bahasa melayu bahasa kita,
mengapa diabai setiap masa?


cantik gadis semua terurus,
usah ditegur usah disapa,
bahasa melayu kian ditelan arus,
menerapkan semula caranya apa?


burung jelatik terbang bersayap,
terbang tinggi ke negara china,
bahasa ibunda kian lesap,
orang muda janjinya di mana?
-------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
PATRIOTISME


Terbang melayang si burung pedada,
terbang merintasi negeri pahang,
patriotisme makin tiada,
di mana semuanya pergi menghilang?


Burung layang sudah bersarang,
sarang daripada sabut kelapa,
unsur patriotisme hilang dan hilang,
punca angkara salahnya siapa?


Cantik manis bila memandang,
anak dara berbaju perak,
patriotisme makin menghilang,
akibat manusia gunanya tidak.


Jauh merantau kini bersua,
bersua kini si burung pedada,
punca angkara salahnya semua,
akibat bantu membantu sudah tiada.


Hidup kita tidak sia-sia,
terbang melayang si burung pedada,
saya cinta akan malaysia,
mengamalkan bahasa ibunda.
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
NILAI MURNI


Anak merpati terbang sekawan,
marilah hinggap di pohon cemara,
hormati ibu suatu kewajipan,
derhaka padanya ditempah apa?


Tuan puteri rambutnya perang,
rupa parasnya cukup sempurna,
disumpah batu buat si tanggang,
punca angkaranya salah di di mana?


Si anak burung terbang melayang,
si anak burung bernama kenari,
sikap yang indah kian menghilang,
apa cara mendapatkannya kembali?
----------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
MESRA ALAM


Menganyam puteri batik nyonya,
kelmarin bermula siapnya lusa,
kesyukuran kita hilang semuanya,
ditelan zaman serta masa.


Sakit tenat si raja uda,
mencari rakyatnya buah peria,
usaha menjaganya kini tiada,
leka dibuai urusan dunia.
-----------------------------------------------------------------------------------


semua pantun yang telah anda lihat ialah......
saya punya semuanya........
tiada mecuri di sini.....semuanya original.....


mahu ingin melihat antara pantun wafa'?
haziq?.....ataupun pemantun yang tidak menyertai pertandingan pantun....
iaitu nazirah?.....lihat di bawah.....


--------------------------------------------------------------------------------------
PATRIOTISME


Harimau rusa bersama tapir,
duduk singgah merenung nasib,
orang kita semakin terpinggir,
di mana usaha mengubah nasib?

Anak bujang berenang di pinggir,
baju disidai di pohon kemuning,
orang kita semakin terpinggir,
kerana mengagunkan budaya kuning.


Minyak diseludup gula pula dicatu,
orang ramai mengadu penjenayah menyantun,
orang malaysia hidup bersatu,
tetapi mengapa seperti orang yang tak bertamadun?
--------------------------------------------------------------------------------------


baiklah....sampai di sini sahaja.....
masa tidak mengizinkan.....
jikalau ada masa lagi......saya berpantun lagi.....


.P.A.N.T.U.N.

No comments:

Post a Comment