NAMAKU Usam. Ayahku sudah tiada kerana menghidapi penyakit sakit jantung. Ketika itu aku berumur 12 tahun. Pada tahun itu aku tabahkan hati dan tumpukan perhatianku kepada pelajaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR walaupun susah untuk menerima hakikat bahawa ayahku tiada lagi di dunia ini. Tahun itu jugalah aku gembira bagai berterbangan di awanan kerana mendapat kejayaan yang memberangsangkan iaitu lima A.
Ibuku pula meninggal setahun selepas itu, arwah ibu meninggal di kota suci Mekah ketika memenuhi rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji. Ibuku dikebumikan di sana. Segala harta diserahkan kepada aku dan kedua nenek dan datukku. Aku tetap tabah dan bersyukur kerana dapat belaian kasih sayang seorang ibu selama 13 tahun.
Sejak itu, aku tinggal bersama nenek dan datukku di Kampung Mangga Besar. Aku juga terpaksa berpindah sekolah dan mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawanku. Tetapi tidak mengapa, aku dan kawanku sering bersembang di dalam laman sosial di komputer. Tidak cukup dengan itu, kami juga sering berbalas surat ketika musim cuti sekolah tiba.
Setahun selepas itu nenekku pula meninggal dunia. Aku berasa amat terkejut melihat nenek terbaring di halaman rumah. Ketika itu aku baru pulang dari sekolah dan hari itu ialah hari jadi aku. Aku masih ingat. Aku menjerit meminta tolong bagai orang yang orang hilang akal. Aku menangis tersedu-sedu. Kalau aku sudah begitu sedih apatah lagi datukku. Tetapi, apabila aku melihat datukku, dia kelihatan biasa sahaja. Aku tahu, di dalam hatinya, pasti mempunyai perasaan amat sedih.
Kini, aku sudah mencapai umur 15 tahun. Tahun ini juga bermakna untuk aku kerana aku tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan PMR.
“Usam!” aku tersedar daripada lamunanku.
“Ya atuk, ada apa?” aku kehairanan.
“Kawan awak tu ada depan rumah nak pergi sekolah sama-sama,” atuk menjawab kembali.
Setelah itu, aku dan kawanku, Hasin pergi ke sekolah bersama-sama. Kami sampai di sekolah pada jam 7.30 pagi. Pergi ke tapak perhimpunan dan menjalani seperti sekolah harian biasa. Perkara yang menarik ketika waktu persekolahan yang dijalani ialah jaringan gol yang amat luar biasa oleh Hasin di dalam waktu Pendidikan Jasmani. Pukul 12.30 tengah hari ialah waktu pelajar-pelajar Sekolah Seri Bangau Putih pulang ke rumah.
Aku berjalan pulang ke rumah bersama Hasin. Dalam perjalanan, kami singgah di warung pisang goreng milik ayah Hasin kerana saya berasa lapar. Kami membeli pisang goring sebungkus plastik dan dua cawan air kelapa muda. Airnya manis rasanya. Kemudian baru saya pulang ke rumah, dengan senyuman melebar kerana perut sudahpun kenyang.
“Usam, awak ke tu?” jerit datuk dari belakang rumah sedang memasak.
“Ya, ini Usam. Datuk sedang buat apa tu?” aku menjawab setelah selesai membuka kasut.
“Masak. Dahlah, awak tu pergi bersihkan diri dan bersiap untuk solat Zohor di surau depan sana,” ujar datuk kembali.
Aku pun pergi ke kamar aku dan membersihkan diri dan bersiap sendiri untuk solat Zohor. Usam baring sebentar di atas katil dan termenung jauh. Aku teringat kembali satu peristiwa di mana ibuku memberitahuku bahawa jangan marah malah sentiasalah bersenyum dan bermanis muka walaupun terdapat perkara buruk berlaku. Senyum.
“Allahuakbar Allahuakbar!” aku terdengar azan berkumandang dari surau yang berada di hujung jalan depan rumahku.
Aku terjaga daripada lamunanku. Aku bingkas bangun dari katil dan memanggil datukku untuk mengajaknya ke surau. Aku pergi ke dapur, tetapi datuk tiada di situ. Tiba-tiba datuk menyerpa aku dari belakang.
“Usam, tengah buat apa tu?” aku terkejut.
“Cari datuklah. Marilah ke surau, azan baru sahaja habis. Ayuh.” Aku menjawab kembali sambil menyembunyikan perasaan terkejutku.
Aku lihat datuk sudah siap untuk ke surau. Dengan kain pelekat dan baju putihnya, kami pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Aku pula berpakaian baju hijau dan berseluar hitam. Sebaik kami tiba di surau, imam sudahpun mengangkat takbir. Aku segera mengambil air sembahyang di sebelah tandas. Datuk sudah mengambil air sembahyang di rumah tadi dan dia terus memasuki dewan solat dan mengikut imam untuk menunaikan solat. Aku segera solat sesudah mengambil air sembahyang.
Aku belajar tentang agama ketika aku berada di kampung ini. Datuk dan neneklah guru pengajarku. Mereka mengajar aku setakat mana yang mereka tahu sahaja. Walaupun datuk dan nenekku tidak bersekolah dan buta huruf, namun mereka bijak menyara kehidupannya. Pada awalnya, mereka mengajar aku perkara asas iaitu rukun Islam yang terbahagi kepada lima. Mereka mengajar aku kalimat syahadah dan maknanya. Kemudian mereka menekankan tentang solat lima kali sehari. Mereka mengajar secara teliti dan mendalam. Cara-cara mengambil air sembahyang yang sempurna, mengangkat takbir, sujud, pergerakan di dalam solat, semuanya diajar secara berulang kali sehingga aku dapat melakukannya secara sempurna.
Setelah aku dapat menguasai rukun Islam, dia mengajar aku perkara yang kedua penting iaitu membaca Quran. Datukku lebih pakar dalam bidang ini kerana datukku sering mengajar kelas mengaji dengan penduduk kampung ini. Daripada situ jugalah datukku mendapat wang untuk menyara kehidupan. Datukku mengajar mengenai tajwid dan tarannum yang terbahagi kepada tujuh. Aku tidak dapat belajar tentang Islam secara mendalam ketika di bandar dahulu. Di kampunglah aku belajar secara teliti dan sempurna.
~CERPEN~
No comments:
Post a Comment