Kami belajar dan belajar sehinggalah tamatnya waktu persekolahan. Aku bergegas ke pintu pagar sekolah untuk berjumpa dengan kawan baikku, Hasin. Ketika aku dalam perjalanan ke pintu pagar sekolah, aku terlihat Hasin sedang bersembang dengan Ronaldo.
“Hai Ronaldo, kita bertemu kembali,” aku yang baru datang itu memotong perbualannya.
“Oh, Usam, ini kawan awakkah?” Ronaldo segera menyoal saya.
“Ya, saya kawan Usam. Eh, bagaimana kau kenal Usam?” Hasin yang di dalam kehairanan menujukan soalannya kepada Ronaldo.
“Kami berjumpa di kantin pada waktu rehat tadi. Aku ini pelajar baru di sini, aku perlulah mencari teman.” Ronaldo menjawab dengan mukanya yang berdagu tajam dan berambut lebat itu.
“Ya. Eh, aku baru teringat, Ronaldo berada di kelas yang sama dengan kaukan Hasin?” Aku yang baru sekarang teringat bahawa Hasin juga berada di kelas Tiga Menarik.
“Ya dan kerana itulah kami berkawan.” Hasin menjawab.
“Oh, rumah kamu yang mana satu, Ronaldo?” aku memperbetulkan seluarku dan songkokku yang kurang selesa.
“Rumah aku di sebelah rumah Hasin. Yang rumah banglo itu, walauapapun marilah kita pulang. Lagipun, aku sudah mengetahui rumah kamu berdua di mana.” Ronaldo yang kelihatan seperti mahu pulang menjawab dengan pantas dan kami berasa amat terkejut kerana Ronaldo telah mengetahui di mana rumah kami.
Selepas itu kami berjalan kaki pulang ke rumah. Sambil berjalan, kami bercerita tentang pengalaman di sekolah. Aku menceritakan kepada Ronaldo bagaimana aku mendapat keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan. Aku juga menceritakan peristiwa kelakar di sekolahku. Seperti ketika kawanku Muhaimin, dia berasa malas hendak menukar pakaian di bilik menukar pakaian, ketika itu pelajar perempuan sudah tiada di kelas kerana bermain bola tampar di padang sekolah. Dan kelas Muhaimin berada di hujung koridor, di mana tiada orang yang lalu-lalang di situ. Dia pun mengambil keputusan untuk menukar pakaiannya di kelasnya. Sedang dia menukar pakaian, dua orang budak perempuan masuk.
Mereka masuk kerana terlupa hendak mengambil buku nota yang perlu dihantar pada hari itu juga. Mereka yang berada di dalam kelas itu semuanya menjerit. Muhaimin yang sedang berada dalam keadaan seluar pendeknya menjerit sekuat-kuatnya sambil mencuba menutup seluar pendeknya dengan beg sekolahnya yang segera diambilnya dari kerusinya setelah melihat kelibat Nazirah dan Anis. Nazirah dan Anis yang sedang menjerit-menjerit seperti melihat hantu itu pengsan. Muhaimin segera menukar pakaian dan keluar dari kelas itu. Muhaimin membiarkan Nazirah dan Anis itu pengsan.
Setelah beberapa minit Muhaimin keluar, Nazirah dapat menyedarkan dirinya. Nazirah lantas mengejut Anis yang masih pengsan. Anis sudah menyedarkan diri. Meraka menenangkan dirinya dan mencari-cari Muhaimin di dalam kelas. Tiada, Mereka mengambil buku nota dan terus ke padang. Apabila Muhaimin datang ke kelas semula, Nazirah dan Anis bertanya dengan Muhaimin tentang peristiwa sebentar tadi. Muhaimin merayu kepada Nazirah dan Anis supaya tidak menceritakan peristiwa ini kepada orang lain. Malangnya, mereka berdua memang tidak pandai menyimpan rahsia. Maka dalam beberapa hari, cerita ini tersebar ke seluruh sekolah. Sejak itu, Muhaimin digelar hantu pakaian.
Kami berhenti di warung pisang goreng milik ayah Hasin seperti biasa. Pada kali ini, Ronaldo membelanja kami. Kami berasa amat gembira akan perbuatan Ronaldo ini. Sejak daripada peristiwa ini, kami asyik-asyik bersama-sama. Pergi ke sekolah bersama-sama, pulang bersama-sama, dan bermain bersama-sama. Pada suatu hari, sedang kami berehat di kantin, Ronaldo mengajak kami berdua ke rumahnya. Walaupun Hasin yang tinggal di sebelah rumahnya, namun Hasin tidak pernah memasuki rumah Ronaldo.
“Marilah ke rumah aku. Aku mempunyai sebuah kejutan buat kamu berdua,” Ronaldo yang kelihatan seperti orang jahat yang mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu kejahatan mengajak kami dengan harapan yang tinggi supaya kami bersetuju ingin ke rumahnya.
“Baiklah,” kami berdua menjawab hampir serentak.
Pada waktu itulah kami melakukan kesilapan yang besar. Kami yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut Ronaldo ke rumahnya. Setibanya di rumah Ronaldo, aku dan Hasin diajak ke biliknya. Ketika itu ibu bapanya tiada di rumah. Ronaldo telah merancang segala-galanya. Kemudian, Ronaldo membuka baju sekolahnya. Lalu mencampakkannya ke atas katilnya. Kami berdua diam sahaja. Lalu, dia mengambil baju putih di dalam almarinya dan memakainya. Kami yang hanya duduk di atas katilnya, melihat sahaja Ronaldo. Kemudian Ronaldo menghidupkan computer di sebelah meja belajarnya dan mengajak kami ke komputer.
Kedua-dua kerusi di meja belajarnya kami mengambil lantas duduk di sebelah Ronaldo yang berhadapan dengan komputer. Ronaldo yang selama ini aku menganggap dia baik, telah membuka ke laman web yang tidak sesuai dengan umur kami. Aku dengan pantas menoleh pandangan aku ke tempat lain. Ronaldo terlihat reaksi aku dan berkata.
“Usam, kau ini terlalu baik. Marilah melepaskan stress dan lupakan segala masalah,” Ronaldo cuba menghasut aku supaya melihat video-video lucah itu.
“Aku tak sangka kau, Ronaldo!” Aku yang sedang bingung tidak tahu hendak menjawab apa. Aku takut aku akan mengambil jalan yang salah.
“Usam, bukan selalu, kekadang sahaja. Selepas ini berhentilah tengok perkara ini lagi. Sekali sahaja tidak akan membawa apa-apakan?” Ronaldo masih berusaha untuk menghasut aku.
~CERPEN~
No comments:
Post a Comment