“Usam, cepat datang, makanan dah siap!” datuk menjerit dari dapur.
“Baiklah datuk!” aku menutup buku latihan di meja belajarku.
Aku berjalan ke meja makan di dapur, ketika itu datuk sedang menghidangkan nasi dan lauk-pauk. Datuk memasak ikan masak sambal dan bayam. Itu sudah mencukupi bagi kami berdua. Aku tidak makan banyak, tetapi datuk makan bagai harimau yang kelaparan. Kadang-kadang aku hanya makan nasi satu pinggan sahaja, tetapi datuk makan nasi dua atau tiga pinggan. Sebab itulah datukku dikenali oleh penduduk kampung sebagai harimau. Bukan kerana kemarahannya, tetapi kerana seleranya.
Selepas makan tengah hari, aku masuk ke kamarku kembali untuk berehat dan belajar. Selalunya, aku tidur 30 minit dan kemudian belajar. Aku belajar sehingga Asar tiba. Datuk pula selalunya pergi ke kebun sayur di belakang rumah dan membuat apa yang perlu di situ seperti menyiram, menanam dan membaja. Apabila azan solat Asar berkumandang, kami segera menyiapkan diri untuk ke surau dan solat seperti biasa.
Sesudah solat, kami akan pulang ke rumah dan aku akan menukar pakaian untuk bermain di padang bersama kawan-kawanku. Hasin selalu datang ke rumahku dan memanggilku untuk pergi ke padang bersama-sama. Hasinlah kawanku yang pertama dan kawan baikku sejak aku tinggal di kampung ini. Di padang kami akan bermain samada bola sepak, bola takraw, bola keranjang, bola lisut, badminton, ataupun baling selipar. Akhirnya, kami akan pulang ke rumah masing-masing, bermandikan peluh dan kepenatan.
Malam menjelma. Aku sudahpun mandi dan bersedia untuk ke surau. Datuk yang sudah kepenatan berjoging telahpun menukar pakaian dan mandi. Kami sudah bersedia untuk solat Maghrib di surau. Pada waktu Maghrib dan Isyak, Hasin selalu ada di surau untuk menunaikan solat. Hasin tiada di siang hari kerana dia menolong bapanya menoreh getah di ladang getah. Selepas solat Maghrib, seringkali ada ceramah agama oleh penceramah luar. Aku dan Hasin akan mendengarnya dengan penuh penghayatan sambil mencatat nota ceramah tersebut. Jikalau tiada, aku akan membaca Quran.
Setelah solat Isyak, selepas aku dan Hasin berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing, aku menukar baju melayuku ke baju tidurku. Baju tidurku yang bercorakkan bintang dan bulan itu seperti baju tidur untuk kanak-kanak, namun aku tidak pernah mengambil kisah tentang itu. Aku juga boleh diklasifikasikan sebagai orang yang tidak mengambil kisah tentang perkara yang kecil dan remeh-temeh. Aku akan membaca buku-buku terutamanya sejarah sebentar untuk persediaan pelajaran di sekolah esok. Cara ini amat mujarab untuk memahami sesuatu pelajaran dan cara ini diberitahu oleh pelajar yang paling cemerlang di Malaysia, Muhammad Usamah Bin Mohd. Ridzuan yang telah mendapat 25 A dalam peperiksaan SPM. Dia telah mencatat rekod budak yang paling pintar dalam dunia. Rahsianya ialah membuat perancangan selalu, mengulangkaji, solat, membaca Quran, dan berzikir.
Begitulah kehidupan seharianku yang bagaikan telah dirancang. Sehinggalah aku terserempak dengan Ronaldo. Ronaldo ialah seorang budak Kristian tetapi fasih berbahasa Melayu kerana ibu bapanya ialah orang Melayu. Ibu bapanya menganut agam Kristian kerana tertarik dengan agama tersebut. Mereka terpaksa berpindah ke sini kerana kekangan di Bandar. Walaupun kaya, namun mereka tidak selesa berada di Bandar. Oleh itu, mereka berpindah ke Kampung Mangga Besar untuk mencari keamanan dan hidup dalam keadaan yang selesa dan harmoni. Ronaldo seorang budak yang kaya dan akan dapat apa yang dimahukan.
Aku terserempak dengannya di sekolah, ketika waktu rehat di kantin, dia duduk berhadapan dengan saya tetapi menundukkan kepalanya, mungkin kerana dia malu dan masih tidak biasa lagi dengan suasana sekolah ini. Tidak lama dia mengangkat kepalanya dan memandang aku. Aku membalas pandangan itu dengan sekuntum senyuman yang manis. Walaupun aku tidak mengenalinya, aku tetap bermanis muka terhadapnya. Aku hanya mengenali kawan-kawan yang aku rapat sahaja.
“Bolehkah kau menjadi kawanku?” Ronaldo memulakan bicara dengan mengejut.
“Boleh,” aku yang terkejut dengan soalan mengejutnya menjawab seringkas yang boleh.
“Terima kasih, aku Ronaldo, pelajar baru di sekolah ini,” dia cuba meneruskan perbualan.
“Oh, sama-sama, aku Usam. Aku berada di kelas Tiga Tertarik.” Aku yang sedang mengunyah nasi lemak meneruskan lagi perbualan antara aku dan Ronaldo.
“Aku pula berada di kelas Tiga Menarik.” Ronaldo menjawab.
“Kriing!” loceng sekolah berbunyi secara tiba-tiba menandakan waktu rehat sudahpun tamat.
Aku yang sudah selesai makan mengucapkan selamat tinggal kepada Ronaldo dan segera ke kelas kerana waktu selepas rehat ialah waktu Cikgu Rizman. Cikgu Rizman ialah cikgu cemerlang di Selangor. Dia mencipta satu cara yang amat berkesan untuk mengajar dan mendidik pelajar-pelajar. Caranya amat mujarab sekali dan sesiapa yang belajar dengannya, pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang. Aku bertuah kerana mendapat belajar bersama Cikgu Rizman.
Cikgu Rizman yang mengajar kelas kami pelajaran sains amat baik sekali. Segala apa yang aku tidak faham atau kurang pasti, mesti aku bertanya dengan cikgu. Cikgu pasti menjawab kembali dengan jawapan yang tiada cacat celanya. Cikgu Rizman mempunyai rancangannya tersendiri ketika mengajar, dia mengikut rancangannya satu per satu. Pada kali ini, Cikgu Rizman mengajar kami topik kesepuluh di dalam buku teks kami iaitu penerokaan angkasa lepas. Dia mengajar kami tentang sejarah saintis di dunia ini. Saintis ini telah membuat satu kesimpulan berdasarkan kajiannya seperti dunia ini bulat, sfera dan sebagainya ketika mereka berada di zaman sebelum adanya teknologi yang canggih dan moden. Ada di antara saintis ini membuat kesimpulan ketika di zaman Paleolitik, zaman Mesolitik, dan ada juga pada zaman Logam.
~CERPEN~
No comments:
Post a Comment