LIGA REMAJA KREATIF
PENGENALAN
Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan
Durasi Penyertaan : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010
A. Maklumat Peraduan:
- Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia.
- Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 1 Ogos 2010.
- Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
- Pertandingan Liga Remaja Kreatif ini terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
- Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia
C. Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar.
- Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2010 kepada Sekretariat Pertandingan seperti yang dinyatakan di bawah. Penyertaan yang lewat daripada tarikh tutup tidak akan diterima.
- Penyertaan hendaklah diantara 5-10 minit.
- Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
- Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
- Penyertaan adalah percuma.
- Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Liga Remaja Kreatif kepada pihak Sekolah.
- Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
- Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
- Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
- Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
- Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
- Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan:a. Sinopsis produksib. 2 salinan DVD produksic. Biodata pesertad. Perakuan dari pihak Sekolahe. Perakuan penyertaan adalah kerja asli
- Penyertaan perlu dihantar melalui perkhidmatan pos atau kurier ke alamat berikut:Sekretariat Liga Remaja KreatifSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia63000 CyberjayaSelangor Darul Ehsan
HADIAH
A. Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama: RM5 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua: RM3 000 beserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga: RM2 000 beserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7
B. Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama: RM10 000 beserta kamera digital
Hadiah tempat kedua: RM7 500 beserta kamera digital
Hadiah tempat ketiga: RM5 000 beserta kamera digital
PERTANYAAN
Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat Liga Remaja Kreatif
No Telefon : 03 8688 8000
No Faks : 03 8688 1005
Emel : ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Apa Itu Jalur Lebar?
Kawan-kawan tentu tahu, tema Liga Remaja Kreatif pada tahun 2010 adalah "Jalur Lebar Untuk 1Malaysia". Mungkin ada diantara kawan-kawan yang tidak memahami maksud Jalur Lebar. Apa itu Jalur Lebar?
Menurut Wikipedia, Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrorband); kedua-dua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).
Dengan menggunakan jalur lebar, kita tidak perlu untuk menunggu lama di depan PC semata-mata untuk membuka e-mel apatah lagi hendak memuat turut bahan. Jalur lebar membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.
Sumber: Wikipedia
satu video untuk jalur lebar.....
click-->HERE<-- or...
untuk memuat turun borang penyertaan......
click -->HERE<-- or....
apa tunggu lagi?!?!^.^
bagi pelajar sekolah menengah......
sekarang tiba masa untuk anda menyerlah!!^.^
...REMAJA...
No comments:
Post a Comment