Thursday, July 1, 2010

esei for kerja kursus sejarah!^.^

ESEI

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Selain itu, perayaan juga akan disambut berdasarkan agama yang dianuti sesebuah masyarakat ataupun kaum.

Di negara Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan pelbagai agama. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, India dan Cina. Walaupun terdapat Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain, masyarakat Malaysia juga menghormati perayaan sesebuah kaum atau agama lain. Mereka juga menggunakan amalan “berkongsi” raya yang menggabungkan sesebuah perayaan kaum dengan perayaan kaum yang lain. UP 1: unsur patriotik pertama

Tambahan pula, Malaysia yang sedang giat maju dalam pelbagai bidang telah membawa kepada migrasi dari luar negara kepada negara ini. Hal ini menyebabkan pertambahan kaum dan agama di negara yang gemilang ini. Orang luar dari Korea, Kanada, Jepun, Greenland dan Afrika misalnya telah memperkenalkan perayaan baru untuk disambut bersama-sama. Namun, kesemua perayaan tersebut dapat diraikan dengan aman dan harmoni kerana wujudnya satu kesefahaman yang menyebabkan perpaduan menjadi kukuh di dalam sesebuah masyarakat. UP 2: unsur patriotik kedua

Dari sudut perspektif yang berbeza, pemimpin yang dahulunya hanya meraikan perayaan ang sama semasa zaman kecilnya akan mengubah persepsi dan pandangan terhadap perayaan orang lain. Ini menyebabkan berlakunya sikap adil terhadap setiap masyarakat yang telah bertambah menjadi banyak. Pemimpin tersebut akan meraikan perayaan bersama-sama dan adil supaya tidak berlaku pergaduhan di antara masyarakat atau kaum yang membawa kepada keadaan yang aman dan harmoni. Pemimpin yang bijak dan adil akan membawa negara Malaysia ke arah negara yang setaraf dengan peringkat antarabangsa malah lebih daripada itu. UP 3: unsur patriotik ketiga

Di samping itu, dengan adanya pelbagai perayaan di Malaysia ini, seperti dunia warna-warni yang menghidupkan lagi keceriaan dan kepelbagaian. Sesebuah masyarakat atau kaum mahupun seseorang itu jika memandang kepelbagaian perayaan ini sebagai perkara yang positif dan berfikiran jauh serta rasional, ianya akan membawa kita supaya akan lebih menyayangi negara Malaysia ini kerana mempunyai semua perayaan hanya di dalam satu negara sahaja yang tidak ada di negara-negara lain mahupun di sebelah Barat. UP 4: unsur patriotik keempat

Perayaan amat penting bagi sesebuah negara tersebut. Perayaan itu akan menjadi lambang negara tersebut. Bagi Malaysia, semua perayaan ialah lambangnya. Semua perayaan tersebut terjadi oleh kerana kaum Malaysia yang begitu bertimbang rasa, bertolak-ansur dan adil.


!!ESEI!!

p/s: tulis tangan tau!^.^

No comments:

Post a Comment